Tuesday, February 3, 2009

Disebalik Sekumtum Senyuman

DISEBALIK SEKUNTUM SENYUMAN

Disebalik senyuman yang terukir diwajah,

Ibarat memancar ketenangan dihati..

Namun…

Apakah yang mampu ditafsir..

Dari hanya sekuntum senyuman..

Apakah senyum itu tandanya bahagia?

Tandanya hati dilanda gembira?

Atau mungkin ia sekadar menjadi topeng,

Buat menutup gelora..

Tersembunyi luka yang berdarah..

Atau menutupi parut yang tidak akan hilang..


Disebalik sekuntum senyuman..

Bisakah mengungkap seribu makna..

Dikala malam bertandang..

Dikala sepi menghimpit jiwa..

Mengapa hati merintih sayu..

Hipokritkah diri yang mengukir senyuman..

Atau dia sebenarya begitu kuat melawan..

Menafikan segala yang tersurat dan tersirat..


Disebalik sekuntum senyuman..

Ada pasrah, redha atas ketentuan Tuhan..

Ada kekuatan tika doa penguat harapan..

Kerana senyum itu bisa menghilangkan segala resah..

Kerana senyum itu kata orang tandanya bahagia..

Jika benar begitu..

Biarkan diri sentiasa tersenyum..

Agar hati terasa bahagia..

Dan orang yang melihat juga bahagia..


Disebalik sekuntum senyuman..

Ada pasrah, redha atas ketentuan Tuhan..

Ada kekuatan menghadapi segala ujian..

-Nukilan… Puteri Umira


Apakah yang terlintas difikiran tatakala membaca dan menghayati bait-bait kata yang terluah dari hati si kecil ini?

Mungkin gadis kecil itu mencari makna sebuah senyuman. Mungkin juga dia bercerita tentang kehidupan atau mungkin juga tentang sebuah harapan. Berpesan gadis kecil ini meminta memberikan senyuman, agar hati terasa bahagia dan orang yang melihat juga bahagia..

Membaca karangan gadis kecil, mengingatkan diri ini kepada MDr. Tidak pernah sekali tika bertemu wajahnya berkerut seribu, jauh sekali masam mencuka apatah lagi garang menyinga. Hanya senyuman yang terukir dibibirnya, kemanisan terpancaR diwajahnya. Ingin bercerita kisah MDr yang mungkin akan dapat membuatkan hati ini rasa bahagia dan orang lain yang membacanya juga akan rasa bahagia.

MDr hanya insan biasa yang ingin juga memiliki kebahagian. Tanggungjawab yang dipikulnya membawa harapan ibu ayahnya dan semampu kudrat MDr berusaha untuk mengerjakan dan mencapainya. Sering sahaja sibuk dengan tugasnya yang seakan tak pernah habis untuk diselesaikan. Kadang-kala kita yang melihat tahu akan penat, tapi MDr buat tak tahu saja. Sekalipun bermacam kerja yang perlu dilakukan, dengan pangkat besar yang disandang, tidak pernah pula sepanjang mengenalinya perkataan 'sombong' meniti dibarisan suara rakan-rakan seperjuangan mahupun orang lain yang baru mengenali. Raut wajahnya tenang, tetapi jangan diduga tiada undangan gelak tawa dari lelucon usikan nada sahajanya. Pernah saja terkena jenaka sposen dari MDr sampai menitik air mata dibuatnya. Pernah sekali kami berkunjung ke rumah seorang teman, sedang duduk menghadap air teh dan hidangan ringan datang si kucing bujang. Takut si bujang mengacau, teman kami memanggil adiknya Aizu minta diambil si bujang yang mula sibuk mahu mengagau. Berkali-kali memanggil Aizu, semua memanggil Aizu, "Aizu mari sini", "Aizu, kucing ni". Si bujang semakin dekat kepada teman kami tetapi Aizu entah kemana hilangnya. Sibuk-sibuk teman kami mengawal si bujang, tidak semena-mena MDr bersuara "Ingatkan Aizu nama kucing tu tadi." keadaan yang tadinya gamat tiba-tiba senyap. Semua melihat MDr dan meletuslah ketawa. Itulah MDr, tengah gamat-gamat pun bersaja ubah suasana.

Bila lagi akan bertemu MDr. Berkongsi cerita, melawak bersahaja. Dapatkah diri ini menjadi seperti MDr? berjaya dalam harapan dan usahanya. Sentiasa membuatkan orang lain gembira dan tertawa walau diri penat tertimbus dengan segala macam kerja hariannya. Dapatkan menjadi sepertinya.. MDr, kirimkanlah senyuman yang membuatkan hati ini bahagia. Akan aku sampaikan kepada insan lain agar mereka juga turut merasa bahagia.

Secebis cuma cerita MDr mengertikan disebalik sekuntum senyuman si gadis kecil. Senyumlah agar ingin hati bahagia dan senyumlah jika ingin insan lain yang melihat turur merasa bahagia.

SenYum SelaLU..

No comments:

Post a Comment